Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis sambutan Ilal Hijrah 1446

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan / Jabatan Kerja Raya

1_Majlis sambutan Ilal Hijrah 1446.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat. (Foto: Jabatan Kerja Raya)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Julai. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Kemajuan dan Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

2_Majlis sambutan Ilal Hijrah 1446.JPG

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya oleh qari jemputan, Ustaz Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Awang Abdul Mu'izz bin Junaidi, Pemangku Jurutera di Jabatan Saliran dan Pembetungan, JKR, dan diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 216-218 serta terjemahannya oleh qari jemputan, Ustaz Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili, Pegawai Pelajaran Tarannum, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara 2017 dan Naib Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Dewasa 2019.

3_Majlis sambutan Ilal Hijrah 1446.JPG

MAJLIS diisikan dengan ceramah khas sempena Ilal Hijrah 1446 yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasyith bin Superi.

Majlis seterusnya diisikan dengan ceramah khas sempena Ilal Hijrah 1446 bertajuk “Hijrah Ini Sebenarnya Untuk Siapa" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama dari Pusat Da'wah Islamiah.

Majlis juga diselajurkan dengan Dikir Marhaban dan Doa Selamat bagi meraikan 37 orang jemaah haji yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah kembali ke tanah air baru-baru ini.

4_Majlis sambutan Ilal Hijrah 1446.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan dan Eksekutif Kanan Kementerian Pembangunan menabur bunga rampai kepada warga Kementerian Pembangunan yang kembali ke tanah air baru-baru ini setelah menunaikan ibadah fardhu haji.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments