Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Meroboh gerai-gerai di RPN Lambak Kanan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Meroboh gerai-gerai di RPN Lambak Kanan.jpeg

PEMILIK gerai-gerai di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan telah mula merobohkan gerai mereka pada 24 Jun 2024.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Jun. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya meningkatkan lagi usaha penguatkuasaan dengan mengarahkan pemilik dan penjaja membuka/meroboh pondok gerai yang dibina tanpa kebenaran di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan yang mencerobohi kawasan simpanan jalan raya.

Rondaan pihak penguatkuasa telah mendapati sebahagian daripada pemilik dan penjaja telah akur dengan arahan tersebut dan telah mula membuka/merobohkan gerai mereka pada 24 Jun 2024.

Menjalankan apa jua perniagaan di atas tanah RPN adalah tidak dibenarkan apatah lagi dengan gerai-gerai makanan yang dibina sehingga keluar garisan sempadan rumah dan mencerobohi kawasan simpanan jalan raya yang mana boleh menjejaskan keselamatan dan kebersihan kawasan.

2_Meroboh gerai-gerai di RPN Lambak Kanan.jpeg

3_Meroboh gerai-gerai di RPN Lambak Kanan.jpeg

BEKAS tapak gerai-gerai makanan setelah diarahkan untuk diroboh oleh pihak penguatkuasa.

Dibawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, mendirikan apa jua struktur di atas jalan atau rizab jalan (road reserve) tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan kegagalan untuk mematuhi arahan membuka/meroboh struktur berkenaan boleh dihukum denda sebanyak BND 2,000. Ketua Pengarah Kerja Raya mempunyai kuasa untuk membuka/meroboh struktur-struktur/gerai sedemikian dan boleh menuntut kembali kos meroboh daripada pemilik struktur-struktur/gerai tersebut.

Kementerian ini menegaskan kepada pemilik rumah RPN dan para penjaja gerai supaya beroperasi secara sah di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan bukannya sewenang-wenangnya. Pihak Kerajaan juga berusaha untuk menyediakan tapak alternatif khas bagi menempatkan pondok gerai yang lebih sesuai dari segi keselamatan dan kebersihan kepada penjaja dan orang ramai.

Attachments