Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur
PEMANGKU Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammed Salleh hadir selaku tetamu kehormat di Seminar Ukur Tanah Asas Pembangunan (UTAP) 2023.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 September. – Jabatan Ukur pada hari ini menganjurkan Seminar Ukur Tanah Asas Pembangunan (UTAP) di The Centrepoint Hotel, Gadong yang dihadiri lebih kurang 100 peserta dari agensi kerajaan dan swasta. Dengan tema 'Seizing the Future: Geospatial Technology Optimisation', seminar ini turut dianjurkan bersama the Brunei Institution of Geomatics (B.I.G).
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammed Salleh.
HONORARY President ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG), Tuan Gerry Ong semasa memberikan ucaptamanya.
Seminar dimulai dengan ucaptama daripada Honorary President ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG), Tuan Gerry Ong. Beliau membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Our Professions Critical Role Within Climate Change Space' mengenai sumbangan profesion kepada pihak berkepentingan yang terlibat dalam inisiatif-inisiatif dan projek-projek berkaitan dengan perubahan iklim.
ANTARA para pembentang kertas kerja di Seminar UTAP 2023.
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan di seminar berkenaan:
· 'Understanding Environmental Change Using Geospatial Techniques' dibentangkan oleh Mr. Gabriel Yong, Pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam. Pembentangan tersebut membincangkan empat contoh kerja kolaboratif menggunakan teknik Geospatial dalam meningkatkan kefahaman tentang perubahan alam sekitar;
· 'Developments in Geospatial Technology: Flood Modelling' for Sungai Belait merupakan kertas kerja daripada Mr. Warwick Newall, Pengarah Urusan bagi Kejuruteraan dan Persekitaran Integrasi Sdn. Bhd. Kertas kerja berkenaan membentangkan bagaimana Permodelan Sungai Belait untuk Skim Penanaman Padi Kandol dibuat menggunakan teknologi seperti LiDAR, ramalan bencana (disaster prediction), Image/Raster Analytics. Permodelan sungai banjir ini telah dilaksanakan pada Mei hingga Ogos 2019 untuk Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan bagi penyediaan frekuensi banjir dan paras banjir bagi Skim Penanaman Padi Kandol;
· 'Tectonic Motion of Brunei Darussalam: Analysis from 2011-2020' dibentangkan oleh Muhammad Hadi bin Haseri, Juruukur dari Jabatan Ukur. Kertas kerja tersebut menganalisa pergerakan tektonik di Negara Brunei Darussalam menggunakan data dari Continuous Operating Reference Stations (CORS);
· 'Using LiDAR Data in Multipurpose Cadastre Development of Brunei Darussalam' merupakan kertas kerja pembentangan dari Zulfadli bin Hj Mahadi, Pengarah Operasi Syarikat Juruukur Fadly. Survey accurate Multi-Purpose Cadastre (MPC) merupakan sistem yang didayakan secara spatial yang menyatupadukan sistem maklumat tanah yang mengandungi maklumat kadaster konvensional, topografi, manmade features and cultural (contoh penggunaan tanah, demografi) dalam rangka kerja rujukan yang tepat. Data daripada pemprosesan LiDAR (Light detection and ranging) termasuk penjanaan bangunan berbilang dimensi – Tahap Perincian 2 dan 3 serta peta topografi berskala besar. Data tersebut sangat bermanfaat dalam penjanaan MPC.;
· 'Laser Scanner in Action' dibentangkan oleh Awang Amy Wahid, pegawai wakil dari Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. 3D Laser Scanner menggunakan pelepasan cahaya laser dan isyarat pulangan untuk mengukur jarak yang tepat. Teknologi untuk laser scanner mengambil kira titik awan yang mewakili jarak dari scanner. Ciri data Laser Scanner telah terbukti memberi manfaat yang besar untuk pengguna kerana visualisasi data yang tepat, membolehkan decision making dan merupakan game changer bagi cloud data; dan
· 'Future of Land Surveying' dari Mr. Yong Teck Nyek, Juruukur Tanah Berlesen / Pengarah Urusan Juruukur Bersatu Konsultan. Kertas pembentangan berkenaan menggambarkan bagaimana teknologi terkini memberi kesan kepada fungsi dan profesion ahli Geomatik (Juruukur).
Turut hadir ke seminar tersebut ialah Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta pegawai dan kakitangan dari agensi kerajaan dan swasta yang dijemput.
TETAMU kehormat dan para peserta seminar yang hadir semasa sesi bergambar ramai.
UTAP 2023 turut disokong penuh oleh beberapa rakan media rasmi iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn. Bhd.
Terdahulu, seminar UTAP pernah diadakan pada tahun 2014.
Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.