Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan hadir semasa majlis berkenaan.

BERAKAS, Khamis, 21 Julai. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-76 Tahun. Majlis diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil, diikuti dengan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah.

3_Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan.JPG 4_Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan.JPG

MAJLIS disudahi dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit; serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan.

Majlis ini diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran di atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya, sihat walafiat dan dilanjutkan usia, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja mendapat hidayah serta inayah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Attachments