Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan.JPG

YANG Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Info-komunikasi, dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan merasmikan Festival Eko di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Jun. – Festival Eko yang akan diadakan selama tujuh hari bermula 26 Jun hingga 3 Julai 2022 di sekitar kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dirasmikan pagi tadi bagi kunjungan orang ramai.

Festival ini adalah salah satu acara yang disusun dalam Minggu Tindakan Iklim bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 – Brunei MYCE 2022) kelolaan Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi perasmian festival berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pengangkutan dan Info-komunikasi, Yang Berhormat Pengiran Haji Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan juga Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

Turut hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, para pegawai kanan dan kakitangan dari kementerian-kementerian serta Pengarah-Pengarah Urusan Agensi Swasta dan wakil jemputan Ketua-Ketua Perwakilan ke Negara Brunei Darussalam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Terdahulu sebelum acara perasmian diadakan, ia dimulakan dengan Solat Subuh Berjemaah dan Tazkirah yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Kemudian acara disusuli dengan memotong reben bagi menandakan Pelancaran Festival Eko di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas oleh tetamu-tetamu kehormat.

Juga turut dilancarkan ialah Kempen Donate a Tree iaitu inisiatif kerjasama oleh pihak BIBD melalui kempen SME360 Sustainable Nation dengan kerjasama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei Darussalam dan Progresif Media. Pelancaran berlangsung di Skrin Eco-Cinema, di kawasan BIBD Connects.

Sepanjang Minggu Festival Eko, skrin besar ini akan menayangkan dokumentari pilihan dengan tujuan mendidik orang ramai tentang pelbagai isu alam sekitar juga sebagai memupuk penghargaan terhadap alam sekitar.

Kemudian acara diteruskan dengan aktiviti penanaman pokok beramai-ramai di kawasan penanaman yang dikhaskan oleh tetamu-tetamu kehormat. Acara penanaman pokok ini adalah bagi mendukung Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam khususnya bagi Strategi 2: Liputan Hutan.

2_Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan.JPG

AKTIVITI penanaman pokok.

Beberapa aktiviti akan diadakan disepanjang Minggu Eko Festival ini termasuk pameran dan aktiviti menarik yang disertai oleh pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan Swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Sustainable Nation Showcase dari Community for Brunei; Thyrff Market dari Thrffy; Crafts Tunnel dari Sparks Co; Sustainable Art: Live Sculptures, Floating garden, upcycled Stadium Chairs dari Local Carpenters & Artists.

3_Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan.JPG 4_Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan.JPG

5_Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan.JPG 6_Festival Eko sempena Minggu Tindakan Iklim dirasmikan.jpg

TETAMU kehormat bersama melawat beberapa tapak pameran dan aktiviti.

Juga dipamerkan ialah Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle – EV), dimana orang ramai bepeluang untuk mengikuti aktiviti pandu uji (test drive) bagi kenderaan elektrik EV berkenaan.

Disamping itu juga, festival menawarkan penjualan kompos di kawasan Pengkomposan Composting 101.

Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah daripada vendor makanan dan minuman tempatan yang mengambil bahagian di Yayasan Food Street.

Sumber: Siaran Akhbar Jawatankuasa Media dan Promosi, Minggu Tindakan Iklim – MYCE 2022.

Attachments