Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
'The Happy Pelican' juara Pertandingan 'Trash to Treasure'

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Minggu Tindakan Iklim labuh tirai.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama Pertandingan 'Trash to Treasure', Awang Mohammad Al Amin Afiq Safwat bin Abarahan dengan ciptaan beliau The Happy Pelican.

BERAKAS, Jumaat, 24 Jun. – Majlis Penutup bagi Minggu Tindakan Iklim, Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 telah diadakan pada sebelah petang hari ketiga yang diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan 'Trash to Treasure' di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, dan Ketua-Ketua Jabatan, Kementerian Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada semua peserta pertandingan diikuti dengan pengumuman enam penyertaan teratas.

Tiga penyertaan menerima hadiah saguhati iaitu Mini Human Lamp Stand ciptaan kumpulan The 3 Crews, Multi-Functional Storage Set ciptaan Dayang Khairunnasibah binti Haji Abdullah, dan Horse Carriage ciptaan Awang Nassaruddin bin Haji Awang Osman. Penyertaan saguhati ini menerima wang tunai sebanyak $150, Sijil Penghargaan dan Tanda Penghargaan.

Majlis seterusnya mengumumkan tiga pemenang pertandingan 'Trash to Treasure'.

2_Minggu Tindakan Iklim labuh tirai.JPG

PEMENANG tempat kedua Pertandingan 'Trash to Treasure', kumpulan Anak Brunei dengan ciptaan mereka The Gong.

3_Minggu Tindakan Iklim labuh tirai.JPG

PEMENANG tempat kedua Pertandingan 'Trash to Treasure', kumpulan Trashurecopter dengan ciptaan mereka Trashurecopter.

Tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak $500, Sijil Pencapaian dan Tanda Penghargaan dimenangi oleh kumpulan Trashurecopter dengan ciptaan mereka Trashurecopter. Tempat kedua menerima wang tunai $1,000, Sijil Pencapaian dan Tanda Penghargaan dimenangi oleh kumpulan Anak Brunei dengan ciptaan mereka The Gong.

Manakala tempat pertama disandang oleh Awang Mohammad Al Amin Afiq Safwat bin Abarahan dengan ciptaan beliau The Happy Pelican. Tempat pertama menerima wang tunai $1,500, Sijil Pencapaian dan Tanda Penghargaan.

Pertandingan 'Trash to Treasure' dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan dan disokong oleh Komiti Minggu Tindakan Iklim, sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022.

Pertandingan yang telah dibukakan kepada orang ramai bermula 30 April 2022 sehingga 22 Jun 2022 ini telah menerima sebanyak 23 penyertaan.

4_Minggu Tindakan Iklim labuh tirai.JPG

SESI bergambar ramai.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan potensi untuk mengguna semula bahan yang dibuang secara kreatif untuk dijadikan karya yang berfungsi.

Disamping itu, ia juga menekankan kepentingan penggunaan semula serta menggalakkan orang ramai untuk mempertimbangkan cara alternatif selain dari membuang terus ke tapak pelupusan sebagai satu langkah untuk mengurangkan sisa buangan.

Hasil ciptaan peserta akan dipamerkan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sepanjang Festival Eko diadakan, bermula 26 Jun hingga 3 Julai 2022.

Sumber: Siaran Akhbar Jawatankuasa Media dan Promosi, Minggu Tindakan Iklim – MYCE 2022.

Attachments