Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
763 warga Kementerian Pembangunan terima pingat kehormatan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_763 warga Kementerian Pembangunan terima pingat kehormatan.JPG 3_763 warga Kementerian Pembangunan terima pingat kehormatan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat-pingat kehormatan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Jun. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2018 hingga 2021. Majlis diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat-pingat berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang Muhammad Anuar bin Haji Bahar.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dimulakan dengan penyampaian Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) kepada 247 orang penerima dan diikuti dengan penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.) kepada 516 orang penerima yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Majlis Kesyukuran.

Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam ini adalah satu pengiktirafan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di atas jasa bakti mereka kepada kerajaan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dan seterusnya menyuntik semangat mereka untuk terus maju dan cemerlang.

1_763 warga Kementerian Pembangunan terima pingat kehormatan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid semasa sesi bergambar ramai bersama penerima-penerima pingat kehormatan dari Kementerian Pembangunan.

Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan, serta Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Attachments