Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penghargaan bagi 182 pesara warga Kementerian Pembangunan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

5_Penghargaan bagi 182 pesara warga Kementerian Pembangunan.JPG

SESI bergambar ramai bersama sebahagian daripada beberapa orang pesara yang hadir di majlis berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Mei. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang Bersara Pada Tahun 2020. Majlis diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris, selaku Pengerusi Majlis.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati oleh tetamu kehormat majlis kepada para pesara yang hadir.

1_Penghargaan bagi 182 pesara warga Kementerian Pembangunan.JPG 2_Penghargaan bagi 182 pesara warga Kementerian Pembangunan.JPG

3_Penghargaan bagi 182 pesara warga Kementerian Pembangunan.JPG 4_Penghargaan bagi 182 pesara warga Kementerian Pembangunan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa orang pesara Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Seramai 182 orang pesara dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bersara pada tahun 2020 diraikan pada majlis ini yang terdiri daripada 122 orang pesara lelaki dan 60 orang pesara perempuan.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi menghargai jasa para pesara yang telah memberikan khidmat bakti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan Kerajaan khususnya di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan, serta Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Attachments