Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan semarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunn

1_Kementerian Pembangunan semarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran.JPG

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 April. – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperingati peristiwa turunnya ayat-ayat suci Al-Quran sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran sempena memperingati peristiwa tersebut di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qariah Musabawah Tilawatil Quran Kementerian Pembangunan bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi, Dayang Ratinah binti Hidup.

4_Kementerian Pembangunan semarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran.JPG

MAJLIS dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qariah Musabawah Tilawatil Quran Kementerian Pembangunan bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi, Dayang Ratinah binti Hidup.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian ceramah khas sempena Nuzul Al-Quran bertajuk "Berkat kan tu?" yang disampaikan oleh Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafur.

3_Kementerian Pembangunan semarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran.JPG

MAJLIS diisikan dengan ceramah khas sempena Nuzul Al-Quran bertajuk "Berkat kan tu?" yang disampaikan oleh Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafur.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh i-Ready Apprentice di Kementerian Pembangunan, Awang Muhammad Anuar bin Haji Bahar.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya ini adalah antara aktiviti keagamaan Kementerian Pembangunan yang disusun di sepanjang bulan Ramadhan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments