Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Anak-anak yatim diraikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Anak-anak yatim diraikan.jpg

2_Anak-anak yatim diraikan.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyempurnakan penyampaian sumbangan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 April. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Derma dan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim Warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh i-Ready Apprentice, Awang Muhammad Anuar bin Haji Bahar.

Majlis diikuti dengan penyampaian derma dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Juga menyertai penyerahan derma dan sumbangan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

3_Anak-anak yatim diraikan.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin juga menyertai penyerahan derma dan sumbangan berkenaan.

Pada tahun ini, seramai 40 orang anak-anak yatim terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah kembali ke rahmatullah menerima sumbangan derma dan sumbangan berkenaan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

5_Anak-anak yatim diraikan.jpg

BACAAN Surah Al-Fatihah dipimpin oleh i-Ready Apprentice, Awang Muhammad Anuar bin Haji Bahar yang juga membacakan Doa Selamat.

Derma yang disampaikan adalah sumbangan yang diterima daripada pihak pengurusan atasan Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bagi menyemai rasa tanggungjawab para pegawai dan kakitangan dalam sama-sama membantu dan memeduli anak-anak yatim disamping menggalakkan warga kementerian ini untuk memperbanyakkan amalan bersedekah di dalam bulan Ramadhan.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, serta Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Attachments