Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Hari Juruukur Sedunia diraikan dengan acara keugamaan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

1_Acara keugamaan sempena memperingati Hari Juruukur Sedunia.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menghadiri majlis sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 yang jatuh pada hari Isnin, 21 Mac 2022.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 Mac. – Sempena Hari Juruukur Sedunia yang jatuh pada hari ini, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, telah mengadakan Majlis Solat Berjemaah, Membaca Surah Yassin dan Doa Kesyukuran yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur serta Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen dan Ahli-Ahli Brunei Institute of Geomatics (B.I.G).

2_Acara keugamaan sempena memperingati Hari Juruukur Sedunia.jpg

TURUT hadir semasa majlis berkenaan ialah Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur, Juruukur-Juruukur Tanab Berlesen dan Ahli-Ahli Brunei Institute of Geomatics (B.I.G).

3_Acara keugamaan sempena memperingati Hari Juruukur Sedunia.jpg

PARA pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur yang turut hadir semasa acara keugamaan Sambutan Hari Juruukur Sedunia yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen.

Acara dimulakan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Doa Perlindungan COVID-19 dan disudahi dengan bacaan Doa Kesyukuran.

Dua lagi acara Sambutan Hari Juruukur Sedunia akan diadakan pada 26 dan 27 Mac 2022.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments