Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027 dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Tanah

1_Buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027 dilancarkan.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir secara maya di Majlis Pelancaran dan Pemberigaan Buku Perancangan Stretegik Jabatan Tanah 2022-2027.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 Mac. – Majlis Pelancaran dan Pemberigaan Buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027 telah diadakan pada hari ini di Bilik Ar-Rasyad, Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Pelancarannya telah disempurnakan secara maya oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Pesuruhjaya Tanah selaku pengerusi majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Divisyen dibawah Kementerian Pembangunan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta kakitangan Jabatan Tanah.

Melalui Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027, visi Jabatan ini ialah "Untuk Menjana Kemakmuran dan Kesejahteraan Negara". Sementara misi Jabatan ini pula ialah "Untuk Melaksana Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Melalui Perkhidmatan Yang Cekap dan Responsif Kepada Pelanggan".

Visi dan misi tersebut adalah selaras dengan visi dan misi Kementerian Pembangunan di dalam Perancangan Strategiknya iaitu "Ke arah penggunaan tanah yang optima" yang mendokong hasrat Kerajaan di dalam Wawasan Brunei 2035.

Selaras ke arah visi dan misi tersebut, jabatan ini akan memberikan penekanan kepada tujuh teras strategik seperti berikut:

• TERAS STRATEGIK PERTAMA – MEMPERKASA PENDAFTARAN HAK MILIK DAN URUSNIAGA

• TERAS STRATEGIK KEDUA – MEMPERKASA KUTIPAN HASIL

• TERAS STRATEGIK KETIGA – MEMPERKASA PENGUATKUASAAN

• TERAS STRATEGIK KEEMPAT – MEMPERKUKUH PENGURUSAN ORGANISASI

• TERAS STRATEGIK KELIMA – MEMPERKUKUH PENGURUSAN IT

• TERAS STRATEGIK KEENAM – MEMANTAP PENTADBIRAN TANAH

• TERAS STRATEGIK KETUJUH – MEMANTAP PENGURUSAN TANAH

Melalui perancangan strategik ini juga, Jabatan Tanah berharap akan dapat berusaha dan berupaya untuk membuat satu transformasi di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan tanah dan sekaligus, akan dapat memperkuatkan dan memperkukuhkan lagi organisasi jabatan ini.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah menyentuh beberapa perkara utama di dalam ucapannya di majlis perlaksanaan perancangan strategik jabatan ini, antaranya ialah:

• Jabatan Tanah memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran tanah negara. Antara fungsi utamanya adalah memberikan jaminan keselamatan dan kesahihan pemilikan dan pemegangan tanah, melaksana pendaftaran transaksi-transaksi tanah, melaksana dasar-dasar tanah, mentadbir tanah Kerajaan dan tanah simpanan dan menyediakan penilaian hartanah untuk memenuhi keperluan status dan fiskal. Pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah tanpa dukungan dasar-dasar tanah yang dinamik, perundangan tanah yang kukuh serta prosedur dan proses yang sentiasa dikemaskini untuk memenuhi kehendak kemajuan sosio-ekonomi semasa dan memenuhi keperluan perkhidmatan pelanggan yang efisien.

• Negara dalam situasi endemik COVID-19, ia bukanlah menjadi satu penghalang dalam usaha kita untuk merangka perancangan dan program bagi menambah baik urustadbir dan menyesuaikan perkhidmatan yang sedia ada dengan keadaan baru.

• Mengemaskinikan pentadbiran tanah dengan memperkenalkan sistem pembayaran dalam talian bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan tanah seperti pembayaran cukai tanah, pembayaran pentadbiran dan pendaftaran tanah dengan menggunakan aplikasi pembayaran BIBD bagi kemudahan orang ramai yang berurusan dengan Pejabat Tanah.

• Dasar-dasar dan peraturan yang ada pada masa ini perlulah di review semula selaras dengan perkembangan keadaan masa kini, seperti pindaan dasar bagi proses pemohonan pindah milik tanah, Permohonan Ambil Alih Tanah LTS yang sudah ada rumah kediaman, serta beberapa peruntukan-peruntukan di dalam akta tanah yang belum lagi di kuatkuasakan pada masa ini.

Majlis juga diselajurkan dengan pemberigaan dan penyerahan buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027 kepada Ketua-Ketua Cawangan Daerah Pejabat Tanah dan Ketua-Ketua Bahagian di bawah Jabatan Tanah.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan.

Attachments