Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penandatanganan kontrak bagi 3 projek pembinaan masjid baharu

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Penandatanganan kontrak bagi 3 projek pembinaan masjid baharu.jpeg

MAJLIS Penandatanganan Kontrak disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Oktober. – Kementerian Pembangunan, hari ini, menandatangani tiga buah projek Jabatan Kerja Raya bagi projek-projek pembinaan masjid iaitu Projek Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Mengkubau, Projek Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Meragang, dan Projek Pembinaan Masjid Baru Kampong Junjongan.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, hadir (secara maya) di Majlis Penandatanganan Kontrak sebagai tetamu-tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan penandatanganan kontrak-kontrak berkenaan.

2_Penandatanganan kontrak bagi 3 projek pembinaan masjid baharu.jpeg

MASJID Baru Rancangan Perumahan Negara Kampung Mengkubau.

Bagi Projek Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampung Mengkubau, kontraktor yang terpilih ialah Syarikat Borneo United Enterprise Sdn. Bhd., di mana projek ini akan menelan belanja sekitar BND4,332,658.70 dan dijangka siap dalam tempoh 16 bulan.

Pembinaan masjid baharu ini nanti, akan dapat menampung kapasiti seramai 2,113 jemaah bagi para penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya.

3_Penandatanganan kontrak bagi 3 projek pembinaan masjid baharu.jpg

MASJID Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Meragang.

Sementara itu, Projek Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Meragang pula dikendalikan oleh W.LW. Developer & Trading Co. Sdn. Bhd. sebagai kontraktor yang dipilih dan akan menelan belanja sekitar BND4,300,000.00 juga akan mengambil masa selama 16 bulan untuk disiapkan.

Pembinaan masjid ini nanti akan dapat menampung kapasiti seramai 2,200 jemaah bagi para penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya.

4_Penandatanganan kontrak bagi 3 projek pembinaan masjid baharu.jpeg

MASJID Baru Kampong Junjungan.

Manakala Projek Pembinaan Masjid Baru Kampong Junjongan pula, adalah bagi menggantikan Masjid Kampung Junjongan dan bangunan yang sedia ada, pada masa ini, yang akan diroboh, seterusnya dibina sebuah masjid baharu dengan kapasiti seramai 1,624 jemaah bagi para penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya.

Kontraktor bagi projek ini adalah Serikandi Oilfield Services Sdn. Bhd., di mana pembinaan projek ini berjumlah BND4,991,896.52 dan adalah daripada Tabung Dana, dengan tempoh projek dijangka siap selama 20 bulan.

Projek Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Mengkubau ditandatangani di antara Pengarah Kemajuan, Jabatan Kerja Raya, Ir. Salfawatty binti Haji Mohd Salleh, dan pihak kontraktor, Awang Stanley Lim Hock Ghim.

Manakala Projek Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Meragang ditandatangani di antara Pengarah Kemajuan, Jabatan Kerja Raya dan pihak kontraktor, Awang Wong Let Woon.

Penandatanganan bagi Projek Pembinaan Masjid Baru Kampong Junjongan pula ditandatangani di antara Pemangku Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya, Pengiran Haji Zulkarnain bin Pengiran Haji Ismail, dan pihak kontraktor, Awang Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.

Penandatanganan projek-projek tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya dengan mematuhi nasihat dan garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi taklimat mengenai projek-projek berkenaan.

Turut hadir secara maya di Majlis Menandatangani Kontrak tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap kedua-dua Kementerian.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments