Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan adakan Majlis Penutup Dikir Maulud

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Penutup Dikir Maulud.jpeg

2_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Penutup Dikir Maulud.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat majlis semasa menyertai Majlis Penutup Dikir Maulud bersempena berakhirnya Majlis Dikir Maulud yang telah diadakan selama 12 malam berturut-turut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Oktober. – Maulud Nabi atau Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan salah satu acara hari-hari kebesaran Islam yang diraikan oleh umat Islam di negara ini bagi menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan berkenaan, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menganjurkan Majlis Penutup Dikir Maulud bersempena berakhirnya Majlis Dikir yang telah diadakan selama 12 malam berturut-turut.

Majlis yang diadakan secara maya ini dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat Majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan sebelum diteruskan dengan Majlis Dikir yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Asmi bin Haji Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlwan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Pengiran Dr. Harizan bin Pengiran Haji Piut bagi memohon perlindungan supaya raja, rakyat dan tanah air dilindungi daripada wabak COVID-19.

Attachments