Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.JPG

ROMBONGAN terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Mei. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan bagi paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja.

Rombongan para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Pada majlis tersebut, bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Rimba Gadong, Awang Mohamad Adham bin Hashim.

3_Kementerian Pembangunan adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.JPG

ANTARA yang hadir pada majlis ini.

Turut hadir menyertai rombongan ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments