Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan.jpg

SESI bergambar ramai bersama para peserta khatam Al-Quran.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Mei. – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Kampong Bengkurong.

Hadir di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat.

2_Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Divisyen/Unit; pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta penduduk di sekitarnya.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam.

Majlis ini turut diisikan dengan bacaan tahlil, berbuka puasa dan kemudian menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah.

3_Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan.jpg


4_Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan.jpg

ANTARA pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang hadir ke majlis berkenaan.

Majlis Khatam Al-Quran ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 Juzuk di dalam bulan Ramadhan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis seumpama ini adalah sebahagian daripada kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Attachments