Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Nuzul Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

3_Sambutan Nuzul Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Mei. – Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 1442 Hijrah / 2021 Masihi bertempat di Dewan Betabur, Bangunan Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

1_Sambutan Nuzul Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim.jpg

SESI bergambar ramai bersama anak-anak yatim.

Seramai 44 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima sumbangan derma daripada para pegawai dan kakitangan kementerian ini. Penyampaian derma disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian ceramah khas bertajuk "Al-Quran Hadiah Paling Istimewa Untuk Semua" yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

2_Sambutan Nuzul Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim.jpg

CERAMAH khas sempena Nuzul Al-Quran bertajuk "Al-Quran Hadiah Paling Istimewa Untuk Semua" yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Di samping memohon keberkatan dan mendapatkan ganjaran pahala yang sebanyaknya di bulan yang mubarak ini, majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian, serta menunjukkan sifat keprihatinan kepada anak-anak yatim yang terdiri dari kalangan keluarga pegawai dan kakitangan di kementerian ini.

Majlis juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan selaku Pengerusi Majlis, Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Divisyen/Unit, serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Attachments