Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
31 pelatih ARMECS terima sijil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_31 pelatih ARMECS terima sijil.JPG

SESI bergambar ramai bersama 31 orang pelatih yang menerima sijil.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 April. – Manpower Industry Steering Committee (MISC) in Construction, sebuah komiti di bawah Manpower Planning and Employment Council, hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian Kepada Pelatih ARMECS Bridging Programme 1.0, di Dewan Indera Pahlawan, bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

Hadir ke acara ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat.

Acara hari ini adalah bagi menyampaikan sijil pencapaian kepada pelatih-pelatih ARMECS Bridging Programme 1.0 yang telah menamatkan latihan mereka selama enam bulan di firma-firma arkitek dan jurutera profesional.

6_31 pelatih ARMECS terima sijil.JPG

7_31 pelatih ARMECS terima sijil.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sijil kepada beberapa orang penerima.

Seramai 31 pelatih menerima sijil mereka yang dikeluarkan oleh Politeknik Brunei melalui kerjasama Memorandum Persefahaman di antara MISC Construction dan Politeknik Brunei.

Turut diadakan sebelum bermulanya majlis penyampaian sijil ialah acara penanaman 50 batang pokok yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ia adalah sebagai salah satu usaha ke arah persekitaran yang menjurus kepada kehijauan.

2_31 pelatih ARMECS terima sijil.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa acara penanaman pokok.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga mengucapkan tahniah kepada pelatih-pelatih berkenaan dalam meneruskan pekerjaan mereka di syarikat-syarikat pembinaan dan konsultan sehingga Mac tahun depan.

Dengan adanya program seperti ini, ia akan dapat mendokong usaha Kementerian Pembangunan melalui MISC Construction dalam meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan terutama sekali dengan adanya Local Business Development Directive – to train and employ yang sedang giat digubal dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Perlaksanaan Bridging Programme ini merupakan salah satu inisiatif yang yang diperkenalkan oleh MISC Construction dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran anak-anak tempatan dan memastikan pencari kerja tempatan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang relevan dalam industri pembinaan.

MISC Construction merancang untuk memperkenalkan banyak lagi program-program sedemikian bagi meningkatkan minat pencari-pencari pekerjaan untuk menceburi bidang pembinaan ditahap profesional hingga ke pekerja-pekerja yang berkemahiran.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Hj Mohsin; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah urusan dan wakil dari Syarikat-Syarikat Pembinaan.

Attachments