Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Ceramah menjelang Ramadhan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

4_Ceramah menjelang Ramadhan.JPG

CERAMAH bertajuk "Penyucian Hati Sebelum Tibanya Ramadhan" disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin UNISSA, Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 April. – Bersempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba, Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Pengurusan Sumber Manusia telah mengendalikan ceramah khas menjelang Ramadhan yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Ceramah bertajuk "Penyucian Hati Sebelum Tibanya Ramadhan" disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin UNISSA, Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

1_Ceramah menjelang Ramadhan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menghadiri ceramah berkenaan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

2_Ceramah menjelang Ramadhan.JPG

3_Ceramah menjelang Ramadhan.JPG

ANTARA pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir.

Attachments