Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Peletakan Batu Asas Projek Perumahan Lugu Fasa 2

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

8_Peletakan Batu Asas Projek Perumahan Lugu Fasa 2.JPG

SESI bergambar ramai.

1_Peletakan Batu Asas Projek Perumahan Lugu Fasa 2.JPG

YANG Berhormat, Menteri Pembangunan semasa diberikan taklimat mengenai Projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 April. – Sebanyak 1,000 buah rumah jenis teres akan dibina berserta dengan prasarana asas, seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya penghubung pada Projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2.

Peletakan Batu Asas bagi projek yang bernilai lebih dari BND108 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan.

Hari ini, diadakan Majlis Peletakan Batu Asas Projek tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Projek perumahan negara di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 itu dibangunkan di atas tapak seluas 165 hektar dan pelaksanaan projek tersebut dikendalikan oleh kontraktor dilantik iaitu Swee Sendirian Berhad.

2_Peletakan Batu Asas Projek Perumahan Lugu Fasa 2.JPG

MENTERI Pembangunan semasa memulakan perletakan batu asas Projek Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad; Pemangku Ketua Kampung Lugu dan Katimahar; Ketua-ketua Jabatan berserta Pegawai-pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan; pihak kontraktor dan wakil dari Eco Bumi Arkitek dan Petar Perunding Sendirian Berhad, iaitu perunding yang mengendalikan projek berkenaan.

Majlis Peletakan Batu Asas berkenaan juga diselajurkan dengan acara penanaman pokok sebagai inisiatif terhadap perubahan iklim dan sokongan Kempen 26,000 pokok di bawah Protokol Hijau.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments