Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Lantikan TSUT baharu
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Lantikan TSUT baharu.jpg

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 April. – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, di Divisyen Pelaburan dan Undang-Undang, Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan.

Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai hari Isnin, 22 Sya'ban 1442H bersamaan 5 April 2021M.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments