Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Dukung usaha sama kemajuan infrastruktur

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Dukung usaha sama kemajuan infrastruktur.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama pada Sesi Forum 'ASEAN's Sustainable Development Priorities Virtual Roundtable Session' yang diadakan secara maya dengan membawakan tema 'Sustainability in Infrastructure'.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 April. – Sesi forum bertajuk 'ASEAN's Sustainable Development Priorities Virtual Roundtable Session' telah diadakan secara maya pada 1 April 2021 dengan tema 'Sustainability in Infrastructure'. Sesi forum yang dianjurkan bersama di antara pihak UK-ASEAN Business Council (UKABC) dan UK Government's Infrastructure and Projects Authority (IPA) ini merupakan aktiviti penutup bagi UK-ASEAN Sustainable Infrastructure Course yang telah diadakan selama empat hari bermula pada 29 Mac 2021 lalu.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama pada sesi forum berkenaan. Dalam ucaptamanya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menekankan akan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh pelbagai agensi tidak kira pihak Kerajaan, separa-Kerajaan mahupun sektor swasta dalam mendokong usaha sama ke arah kemajuan khususnya infrstruktur yang mampan bukan sahaja di rantau Eropah dan ASEAN malahan juga di seluruh dunia secara amnya.

Tambah Yang Berhormat Menteri Pembangunan, beberapa usaha sedang dan telah giat dilaksanakan oleh Negara Brunei Darussalam khususnya dan juga negara ASEAN amnya, melalui pelan-pelan tindakan di bawah Master Plan on ASEAN Connectivity (MPAC) 2025, Lead Implementing Body for Sustainable Infrastructure (LIB-SI), ASEAN Comprehensive Recovery Framework, Brunei's Key Strategies for Low Carbon and Climate-Resilient Pathways, Brunei's Digital Economy Masterplan 2025 dan juga Brunei's National Economic Blueprint selaras dengan tema Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021 iaitu 'We Care, We Prepare and We Prosper'.

Forum empat hari ini mengumpulkan peserta-peserta yang terdiri daripada wakil-wakil negara ASEAN, Sekretariat ASEAN dan juga wakil-wakil dari Kerajaan United Kingdom dan UK-ASEAN Business Advisory Council termasuk juga ahli-ahli perniagaan di sekitar United Kingdom (UK Businesses). UKABC dan ASEAN sememangnya telah lama mempunyai hubungan rapat dalam kerjasama pelbagai bidang terutama sekali dalam mendokong Sustainable Development Goals, perdagangan dan pelaburan. Malah, UKABC merupakan peneraju utama dalam mempromosikan peluang perdagangan serta pelaburan pelbagai bidang UK-ASEAN.

Attachments