Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Inisiatif bagi infrastrukur mampan dibincangkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Inisiatif bagi infrastrukur mampan dibincangkan.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan, Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, selaku Pengerusi 'Lead Implementing Body for Master Plan on ASEAN Connectivity (MPAC) 2025 Strategic Area of Sustainable Infrastructure (LIB-SI)' mempengerusikan mesyuarat kali ke-7 berkenaan secara maya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mac. – Badan yang mengetuai Perlaksanaan bagi Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025 bagi bidang strategik infrastruktur mampan 'Lead Implementing Body for Master Plan on ASEAN Connectivity (MPAC) 2025 Strategic Area of Sustainable Infrastructure (LIB-SI)' mengadakan mesyuarat pagi tadi dengan matlamat utama untuk mengemaskini dan membincangkan perkembangan yang dicapai dalam pelbagai inisiatif bagi infrastruktur mampan.

Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan, Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, selaku Pengerusi LIB-SI mempengerusikan mesyuarat kali ke-7 berkenaan secara maya di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Para peserta termasuk perwakilan LIB-SI dari negara-negara ahli ASEAN iaitu, Kemboja, Indonesia, Lao, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Divisyen Kesalinghubungan Sekretariat ASEAN serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat antara lain mengongsikan perkembangan projek-projek yang disenaraikan dalam 'Initial Rolling Priority Pipeline' terutama keperluan khusus dan cabaran setiap projek, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19. Salah satu cabarannya ialah mempersiapkan kes perusahaan 'business cases' projek-projek berkenaan dan untuk menarik pelaburan swasta bagi pelaksanaan projek selanjutnya. Keutamaan ini akan menyumbang kepada objektif ASEAN ke arah meningkatkan akses dan kesalinghubungan di dalam dan kalangan negara-negara ASEAN dengan mengenalpasti dan mengutamakan projek-projek infrastruktur fizikal yang memberi impak kepada ekonomi serantau.

Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin dalam taklimatnya mengenai Pelan Kerja Infrastruktur Mampan bagi Kesalinghubungan ASEAN 2025 juga menggariskan pelan tindakan yang diberikan keutamaan bagi inisiatif infrastruktur mampan yang termasuk pelaksanaan projek mengenai penilaian tren infrastruktur mampan masa depan dan keutamaan dalam ASEAN selepas pasca pandemik, forum sosial mengenai rangkakerja bagi meningkatkan produktiviti infrastruktur mampan dan Forum Perbandaran Mampan ASEAN menjelang suku kedua 2021.

Di akhir mesyuarat, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin menghargai sokongan dan sumbangan berterusan semua perwakilan dan Sekretariat ASEAN kepada semua inisiatif infrastruktur yang mampan. Beliau juga menekankan lebih banyak usaha diperlukan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek terutamanya perkembangan aktiviti pembangunan kapasiti, mengkukuhkan koordinasi di dalam negara dan penglibatan bersama pihak berkepentingan awam dan swasta.

Attachments