Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa sesi bergambar ramai bersama komiti, syarikat dan agensi-agensi berkepentingan yang menyertai acara Construction Industry Job Marketplace 2.0. (Foto: Jabatan Penerangan)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Februari. – Manpower Industry Steering Committee (MISC) in Construction hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi acara Construction Industry Job Marketplace 2.0 di Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan. Acara yang berlangsung selama dua hari mulai dari 27 Februari 2021 hingga 28 Februari 2021 ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, selaku tetamu kehormat majlis.

7_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa merasmikan Construction Industry Job Marketplace 2.0 yang diadakan di Kementerian Pembangunan.

Acara hari ini adalah kali kedua ia diadakan oleh MISC Construction dalam mengorak langkah berusaha untuk meningkatkan kebolehpasaran anak-anak tempatan dan memastikan pencari kerja tempatan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang relevan dalam industri pembinaan. Acara ini merupakan gabungan dua acara yang diungkayahkan oleh MISC Construction dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan dan Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC).

Turut diadakan sebelum bermulanya acara ini ialah usaha ke arah persekitaran yang menjurus kepada kehijauan dengan penanaman lebih kurang 55 batang pokok yang diketuai oleh tetamu kehormat.

2_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

3_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

5_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

4_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

6_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

ACARA penanaman pokok di kawasan belakang bangunan Kementerian Pembangunan.

Construction Industry Job Marketplace 2.0 ini memberi peluang kepada anak-anak tempatan graduan lepasan institusi pendidikan dan pencari kerja secara amnya untuk berinteraksi dengan bakal majikan di dalam industri pembinaan.

Sebanyak 47 buah syarikat dan agensi-agensi berkepentingan menyertai acara ini yang menawarkan lebih dari 250 jawatan yang berkaitan dengan sektor pembinaan dan juga jawatan-jawatan am yang lain.

8_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan ketika menerima penerangan mengenai Kursus HNTec Construction and Draughting (Dual TVET) yang diperkenalkan oleh IBTE dengan usahasama MISC Construction pada majlis tersebut.

Pada acara ini juga, Institute of Brunei Technical Education (IBTE) dengan usahasama MISC Construction dengan bangganya memperkenalkan kursus HNTec Construction and Draughting (Dual TVET) yang mana akan memberikan pengetahuan dan kemahiran dengan gabungan latihan berasaskan institusi dan industri yang merangkumi rangkaian modul berkaitan dengan pembinaan industri. Para pelajar yang akan mengikuti program berkenaan akan menjalani latihan sebagai penempatan pelajar di industri pembinaan secara hands-on bermula dari minggu pertama sesi pembelajaran program berkenaan dalam tempoh dua tahun. Dengan adanya program ini, ia akan memastikan bahawa pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan, kepakaran yang diperlukan dalam mengeluarkan para graduan yang lebih menyerlah dan berdaya tahan dalam bekerja khususnya bagi site supervision dan draughting dan dalam apa jua pekerjaan di dalam sektor industri pembinaan secara amnya.

9_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

10_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

11_Lebih 250 jawatan ditawarkan di Construction Industry Job Marketplace 2.0.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan melawat petak-petak syarikat yang menawarkan jawatan yang berkaitan dengan sektor pembinaan dan juga jawatan-jawatan am yang lain.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Urusan dan wakil dari Firma-Firma Konsaltan dan Syarikat-Syarikat Pembinaan.

Attachments