Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
1,000 buah rumah bagi projek RPN Kampong Lugu Fasa 2

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_1,000 buah rumah bagi projek RPN Kampong Lugu Fasa 2.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyerahkan dokumen kontrak yang telah ditandatangani kepada kontraktor yang dilantik, Swee Sendirian Berhad bagi Projek Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Januari. – Majlis penandatanganan kontrak bagi projek Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Lugu Fasa 2 telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan antara Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan kontraktor yang dilantik, Swee Sendirian Berhad.

Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, dan bagi pihak Swee Sendirian Berhad ialah Pengiran Haji Mahalee bin Pengiran Damit. Konsaltan bagi pihak pemborong ialah Eco Bumi Arkitek dan Petar Perunding Sendirian Berhad.

Majlis penandatanganan kontrak disaksikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub serta ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pembangunan.

Projek RPN Kampong Lugu Fasa 2 merupakan projek dibawah Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas (RKN11). Projek ini akan menyediakan 1,000 buah rumah beserta dengan kemudahan asas seperti air, eletrik dan jalan raya.

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, juga sedang melaksanakan beberapa projek-projek perumahan yang lain. Ini termasuklah:

  • Projek bagi pembinaan kira-kira 750 unit rumah teres di RPN Kampong Tanah Jambu Fasa 7 (dibawah RKN11) yang pada masa ini adalah dalam proses sokongan tawaran;
  • Membaikpulih dan menyiapkan 140 unit rumah teres di RPN Kampong Rimba, dimana projek ini dijangkakan akan bermula dalam masa terdekat; dan
  • Memperuntukkan 254 unit rumah teres di RPN Kampong Bukit Beruang, Daerah Tutong yang telah siap secara fizikal dan hanya tinggal menyiapkan beberapa kerja yang melibatkan penyiapan infrastruktur dimana kerja-kerja berkenaan juga dijangka akan siap dalam masa terdekat ini.

Pada tahun 2020, sebanyak 10 unit rumah teres di RPN Kampong Rimba telah disiapkan kerja-kerja membaikpulih dan telah pun diundikan dan diperuntukkan kepada pemohon-pemohon Skim Perumahan Negara yang berkelayakan.

Sebanyak 20 unit rumah teres di RPN Kampong Bukit Beruang, juga telah diundikan dan diperuntukkan.

Dengan harga lebih BND 108 juta, projek RPN Kampong Lugu Fasa 2 ini dibina di atas tapak seluas 165 hektar dan dijangka akan siap dalam tempoh masa 24 bulan.

1_1,000 buah rumah bagi projek RPN Kampong Lugu Fasa 2.JPG

SESI bergambar ramai.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan.

Attachments