Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Protokol Hijau dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

INFODEPT02_17.JPG

YANG Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta Besar, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap semasa bergambar ramai pada Majlis Pelancaran Protokol Hijau. (Foto: Jabatan Penerangan)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Januari. – Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam telah melancarkan Protokol Hijau sebagai sebahagian dari aktiviti Tahun Tindakan Iklim. Protokol Hijau adalah satu inisiatif yang diterajui oleh pihak kerajaan bagi mempromosikan gaya hidup yang lestari dalam usaha untuk mengurangkan jejak karbon di negara ini. Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dalam membentuk hala tuju negara ke laluan yang rendah karbon dan berdaya tahan terhadap impak perubahan iklim. Majlis tersebut berlangsung di tapak peranginan berdekatan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md Hussein selaku Pengerusi Bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta Besar, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap.

INFODEPT02_5.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa aktiviti penanaman pokok. (Foto: Jabatan Penerangan)

Protokol Hijau menggariskan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jejak karbon di premis-premis perkhidmatan awam dengan penggunaan teknologi efisien serta mengamalkan langkah-langkah penjimatan dalam tujuh elemen utama iaitu Penggunaan Tenaga, Penggunaan Air, Penggunaan Kertas, Penggunaan Plastik, Pengurusan Pembuangan Sisa, Pengurusan Acara Rasmi, dan Penanaman Pokok.

Pelancaran Protokol Hijau ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi inisiatif-inisiatif yang sedia ada dan untuk meningkatkan lagi kesedaran dikalangan warga perkhidmatan awam di sektor kerajaan.

Salah satu elemen penting dibawah Protokol Hijau ialah penanaman pokok. Ia menekankan bagi setiap pokok yang ditebang dalam mana-mana projek kemajuan kerajaan, satu pokok baru hendaklah ditanam bagi mengimbangi kehilangan kapasiti penyerapan karbon. Ini adalah selaras dengan matlamat Strategi 2 (Liputan Hutan) Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan penyerapan karbon negara melalui penghutanan semula dan penanaman semula hutan.

Dengan jumlah liputan hutan sebanyak 72 peratus pada ketika ini, Negara Brunei Darussalam berada dalam kedudukan carbon neutral pada tahun 2018. Namun, dengan perkembangan ekonomi baru-baru ini, pelepasan karbon telah melebihi kadar penyerapan karbon. Oleh itu, pelaksanaan langkah-langkah mitigasi dibawah Protokol Hijau ini diharapkan akan dapat membantu menurunkan jumlah pelepasan karbon. Ini memerlukan penyertaan dan komitmen dari semua pihak yang berkepentingan untuk memastikan peralihan negara ke laluan yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim akan tercapai.

Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penanaman pokok-pokok oleh kesemua Menteri yang melambangkan komitmen penuh dan kesungguhan dalam menerajui tindakan menangani perubahan iklim.

2_Protokol Hijau dilancarkan.JPG

3_Protokol Hijau dilancarkan.JPG

1_Protokol Hijau dilancarkan.JPG

5_Protokol Hijau dilancarkan.JPG

4_Protokol Hijau dilancarkan.JPG

6_Protokol Hijau dilancarkan.JPG

AKTIVITI penanaman pokok yang diadakan di tapak peranginan berdekatan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Kempen Penanaman Pokok ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama bagi Tahun Tindakan Iklim. Pada tahun ini sahaja, sejumlah 26,000 pokok dijangka akan ditanam oleh pelbagai kementerian di sektor kerajaan. Pemeliharaan hutan adalah sangat penting bagi memastikan keupayaan penyerapan karbon negara dapat dikekalkan.

Versi elektronik Protokol Hijau boleh diakses melalui laman sesawang Kementerian Pembangunan iaitu www.mod.gov.bn.

Sumber: Siaran Akhbar Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Attachments