Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan sertai program WAH

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan sertai program WAH.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa menyertai aktiviti senaman WAH pada 6 Januari yang lalu.

2_Kementerian Pembangunan sertai program WAH.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan menyertai sesi senaman di bawah program WAH.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Januari. – Dalam mendokong matlamat utama Program Workplace and Health (WAH) ke arah membangun dan memperkukuhkan program promosi kesihatan di tempat kerja di kesemua kementerian di negara ini, Kementerian Pembangunan telah mengendalikan dua komponen utama bagi program WAH iaitu program pemeriksaan kesihatan dan juga aktiviti senaman beramai-ramai mengikut jadual yang telah ditetapkan di sepanjang tahun 2021.

Bagi peringkat pertama, lebih 2,000 orang warga pegawai dan kakitangan telah menyertai aktiviti sesi pemeriksaan kesihatan yang diadakan selama 12 hari bermula 25 Januari hingga 11 Februari 2021 bertempat di Ruang Galeri, Bangunan Kementerian Pembangunan.

Pemeriksaan kesihatan ini dikendalikan dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre. Melalui program ini, warga Kementerian Pembangunan berpeluang mengetahui tahap kesihatan mereka dengan membuat pemeriksaan indeks jisim badan atau Body Mass Index (BMI) dan juga tekanan darah masing-masing.

3_Kementerian Pembangunan sertai program WAH.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa menerima pemeriksaan kesihatan WAH pada 25 Januari 2021.

4_Kementerian Pembangunan sertai program WAH.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin juga turut menyertai pemeriksaan kesihatan WAH.

Melalui program WAH ini juga, setiap kementerian ditawarkan 30 sesi senaman dalam setahun secara percuma. Setiap sesi senaman beramai-ramai ini dilakukan selama satu jam dengan bantuan jurulatih kecergasan 'fitness instructor' yang disediakan oleh pihak Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Berbagai jenis senaman ditawarkan antaranya kardio, latihan litar kardio, aerobik, tabata, fatburn extreme dan lain-lain lagi.

6_Kementerian Pembangunan sertai program WAH.JPG

5_Kementerian Pembangunan sertai program WAH.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan WAH.

Dalam usaha memastikan keberkesanan program kesihatan ini, Kementerian Pembangunan juga merancang untuk mengendalikan aktiviti sesi senaman satu kali dalam sebulan iaitu pada setiap hari Sabtu minggu pertama di setiap bulan.

Dengan adanya aktiviti senaman ini, ia boleh meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan bagi menangani faktor-faktor risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, kurang melakukan kegiatan fizikal, tekanan darah tinggi dan isu kesihatan mental dalam konteks tempat kerja sihat.

Attachments