Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pelancaran Projek 'Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways'

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Menteri Pembangunan; dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir bagi melancarkan Projek 'The Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways'.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 November. – Projek 'The Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways' merupakan salah satu inisiatif di bawah kelolaan Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dalam usaha bagi mencantikkan kawasan Bandar Seri Begawan.

Projek tersebut memperlihatkan pelbagai jenis seni lukisan yang diserikan lagi dengan bermacam-macam corak warna di sepanjang Jalan Roberts.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Fasa pertama projek tersebut melibatkan proses pengecatan semula lima buah rumah kedai berwarna pastel telah menjadi tarikan orang ramai.

Kesinambungan daripada fasa pertama tersebut, projek ini dipanjangkan lagi ke bangunan BIBD Ar-Rahnu dengan melukis "Tujuh Padian" (The Seven Padians) yang akan dilukis sebagai mural dan dibuat secara langsung di permukaan lantai. Konsep seni ini mencerminkan tujuh puak yang dipamerkan melalui kandungan dan skema warna setiap tujuh perahu tersebut.

3_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Menteri Pembangunan; dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyaksikan hasil mural lantai yang dihasilkan oleh salah seorang daripada tujuh artis tempatan.

Fasa kedua projek ini adalah kolaborasi di antara dua buah kementerian dan Guerilla Architects serta sumbangan daripada industri sektor swasta yang dikepelai oleh MISC (Manpower Industry Steering Committee) dan Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA).

Seramai tujuh artis tempatan iaitu Guerilla Architects, Larvsh, SketchOne Studio, Petals and Palettes, DBP Team (Dewan Bahasa dan Pustaka), HWNS Team dan Maziyyah Yussof akan sama-sama menghasilkan mural lantai, di mana tiap-tiap artis tersebut akan melukis satu bot padian dengan seni mereka tersendiri.

5_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penyumbang.

Objektif utama projek ini adalah untuk mengeratkan dan mempromosikan kemesraan masyarakat dengan usaha kerjasama yang terjalin di samping meningkatkan kesedaran tentang sejarah Negara Brunei Darussalam dan cara hidup zaman dahulu melalui konsep dan isi kandungan seni lukisan yang akan dipamerkan.

Selain itu, lukisan mural lantai ini akan digabungkan dengan mural dilukis oleh Guerilla Architects di permukaan besar dinding di bahagian belakang bangunan BIBD Ar-Rahnu.

4_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

6_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

2_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

7_Pelancaran Projek ‘Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways’.jpg

SUASANA semasa pelancaran Projek 'Pedestrianisation Jalan Roberts and Adjacent Alleyways'.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad dan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman; serta Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Juga hadir, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments