Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 November. – Hari Perancangan Bandar Sedunia disambut pada setiap 8 November oleh lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia dan ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai peranan perancangan guna tanah dalam pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kemajuan yang menyeluruh, berkualiti dan berdaya tahan, seiring dengan pembentukan masyarakat yang sejahtera dan progresif.

Hadir selaku tetamu kehormat ke Majlis Pelancaran Sambutan Hari Perancangan Sedunia 2020 ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan turut melancarkan dua buah Buku Garis Panduan Perancangan Baharu iaitu (1) Garis Panduan dan Piawaian Perancangan bagi Pemecahan dan Penyatuan Strata, (2) Garis Panduan dan Piawaian Perancangan bagi Kemajuan Sekolah dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dan sebuah Buku Supplimentari Perancangan yang bertajuk Garis Panduan Supplimentari Perancangan bagi Kemajuan Strata (Perumahan).

5_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

6_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa melancarkan Buku-Buku Garis Panduan Perancangan.

Sambutan yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan ini merupakan aktiviti tahunan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan ini diraikan sejak tahun 2006 lagi dan pada sambutannya pada tahun ini membawakan tema 'Kemajuan Berperancangan dan Bersepadu, Persekitaran Berkualiti'.

Tema tersebut antara lain menekankan kepentingan dalam memastikan kemajuan yang akan dibina dapat diselaras secara berperancangan dan sepadu bagi mencapai matlamat strategik perancangan guna tanah ke arah mewujudkan persekitaran kemajuan yang menyeluruh, berkualiti dan berdaya tahan, seiring dengan pembentukan kehidupan masyarakat yang sejahtera dan progresif.

Terdapat dua komponen utama yang mendukung matlamat strategik tema iaitu untuk memberikan keutamaan kepada perlunya menyediakan pelan-pelan pembangunan yang komprehensif dan bersifat dinamik serta relevan dengan kehendak kemajuan semasa untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan di dalam merancang mana-mana kemajuan bagi kawasan tertentu dan di samping untuk memastikan penyediaan infrastruktur dukungan yang mencukupi di dalam mencapai objektif penggunaan tanah yang optimum.

Di samping itu, ia dihasratkan bagi menitikberatkan kepentingan di dalam memantapkan penyelarasan kemajuan dan tindakan penguatkuasaan secara sepadu melalui pematuhan undang-undang atau peraturan perancangan tertentu yang termasuk mengadakan kolaborasi dengan pihak pemegang teras, pihak berkepentingan serta lapisan masyarakat di dalam sama-sama mewujudkan persekitaran kemajuan yang selamat, berkualiti tinggi dan teratur.

10_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan buku-buku garis panduan yang baru dilancarkan.

Sementara itu, dua garis panduan perancangan yang baharu dan sebuah garis panduan supplimentari perancangan merupakan garis panduan serta piawaian perancangan yang dihasratkan agar dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam membantu agensi kerajaan, agensi swasta dan pemilik tanah dalam menghadapkan permohonan kebenaran perancangan bagi kemajuan pemecahan dan penyatuan strata, kemajuan sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Dalam pada itu, Garis Panduan Supplimentari Perancangan bagi Kemajuan Strata (perumahan) juga turut menyenaraikan tiga insentif perancangan bagi kemajuan perumahan baharu yang boleh dipohonkan oleh pemilik tanah jika memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti yang dinyatakan di dalam supplimentari tersebut.

Penyediaan garis panduan tersebut adalah merupakan antara sumbangan perancangan bandar khususnya bagi membuka pelbagai peluang kemajuan dalam sama-sama menyumbang di dalam mewujudkan persekitaran kemajuan yang kondusif bagi mencapai tiga matlamat strategik Wawasan Brunei 2035 iaitu rakyat yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya, rakyat mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi dan ekonomi negara yang dinamik serta berdaya tahan.

7_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

8_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

SEBAHAGIAN daripada para jemputan yang hadir pada Majlis Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.

Bersempena dengan Hari Perancang Bandar Sedunia dan selaras dengan tema sambutan tahun ini beberapa aktiviti sampingan turut diadakan antaranya penyalaan lampu berbagai-bagai warna iaitu kuning melambangkan perumahan, merah melambangkan perniagaan, ungu melambangkan perusahaan.

Sementara itu warna biru melambangkan kemudahan komuniti dan kerajaan manakala hijau pula melambangkan rekreasi dan kawasan hijau) yang diadakan terdahulu pada malam 7 November dan 8 November di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Manakala warna-warna yang dipilih adalah berkaitan dengan warna-warna zon perancangan guna tanah di pelan-pelan pembangunan sebagai menunjukkan kepentingan kemajuan yang berbagai dan sepadu di dalam mewujudkan kemajuan bandar dan desa yang berkualiti.

1_Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.jpg

SESI bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Pengerusi-Pengerusi Lembaga Bandaran, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pihak Orang yang Berkelayakan dan Juruukur Tanah Berlesen.

Attachments