Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan adakan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

3_Kementerian Pembangunan adakan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil di Surau Kementerian Pembangunan.

BERAKAS, Sabtu, 31 Oktober. – Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus untuk Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir pada majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Ketua Pembantu Kerja di Unit Audit Dalaman, Kementerian Pembangunan, Awang Rosli bin Haji Haron.

1_Kementerian Pembangunan adakan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil.JPG

BACAAN Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Ketua Pembantu Kerja di Unit Audit Dalaman, Kementerian Pembangunan, Awang Rosli bin Haji Haron.

2_Kementerian Pembangunan adakan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil.JPG

ANTARA pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan yang hadir.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub; ketua-ketua jabatan; ketua-ketua divisyen dan unit; pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments