Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan bangunan kerajaan pertama terima Mixel+ generasi kedua

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan bangunan kerajaan pertama terima Mixel+ generasi kedua.JPG

2_Kementerian Pembangunan bangunan kerajaan pertama terima Mixel+ generasi kedua.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan ketika menerima Mixel+, iaitu alat pengimbas suhu badan automatik yang ditempatkan di bangunan Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Oktober. – Hari ini, bangunan Kementerian Pembangunan merupakan lokasi terbaharu untuk menerima Mixel+.

Hadir bagi menerima Mixel+ tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, yang diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MixMedia, Michelle Lo dan Timbalan CCO, Hamdi Matussin.

Mixel+ merupakan 'dispenser' pembersih tangan tanpa sentuhan yang secara automatik mengeluarkan dos pembersih tangan melalui sensor gerakan, berbeza dengan 'dispenser' manual, di mana kuman dapat dipindahkan dengan mudah.

Sejak Mixel+ mula diperkenalkan dua bulan lalu, MixMedia kini bekerjasama secara aktif dengan pihak kerajaan untuk menyediakan peranti tersebut di bangunan-bangunan kerajaan di negara ini.

Bangunan Kementerian Pembangunan adalah bangunan kerajaan ke lapan yang mempunyai Mixel+ dan bangunan kerajaan pertama yang memiliki Mixel+ generasi kedua ini.

3_Kementerian Pembangunan bangunan kerajaan pertama terima Mixel+ generasi kedua.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa sesi bergambar ramai pada majlis tersebut.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments