Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Dikir Maulud di Masjid Sultan Sharif Ali

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Dikir Maulud di Masjid Sultan Sharif Ali.JPG

HADIR mengetuai rombongan berdikir tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

SENGKURONG, Ahad, 18 Oktober. – Rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya malam ini telah menghadiri Majlis Dikir Maulud sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bertempat di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

Hadir dan mengetuai rombongan pada majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor.

Majlis seterusnya diikuti dengan Persembahan Dikir beramai-ramai oleh gabungan pendikir-pendikir Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama-sama para jemaah masjid berkenaan.

1_Dikir Maulud di Masjid Sultan Sharif Ali.JPG

4_Dikir Maulud di Masjid Sultan Sharif Ali.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah telah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; ketua-ketua jabatan; ketua-ketua divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta penduduk di sekitarnya.

Attachments