Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa melancarkan Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program Interview Session di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 September. – Manpower Industry Steering Committee (MISC) in Construction hari ini mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program Interview Session di Dewan Betabur, Bangunan Kementerian Pembangunan. Acara tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Acara ini adalah merupakan gabungan dua acara yang diungkayahkan oleh Manpower Industry Steering Committee in Construction dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan, Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) dan JobCenter Brunei. Acara ini adalah satu detik yang sangat penting bagi MISC in Construction dalam mengorak langkah untuk meningkatkan kebolehpasaran anak-anak tempatan dan memastikan pencari kerja tempatan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang relevan dalam industri pembinaan.

1_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

SETIAUSAHA TETAP (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria selaku Pengerusi Bersama semasa memberikan kata-kata aluan.

Construction Industry Job Marketplace ini memberi peluang kepada anak-anak tempatan graduan lepasan institusi pendidikan dan pencari kerja secara amnya untuk berinteraksi dengan bakal majikan di dalam industri pembinaan. Sebanyak 20 buah syarikat menyertai Job Marketplace pada hari ini yang menawarkan lebih kurang 200 kekosongan jawatan yang berkaitan dalam sektor pembinaan dan juga jawatan-jawatan am yang lain.

Disamping itu, acara sesi temuduga ARMECS Bridging Program yang disasarkan khusus bagi pelatih yang akan terpilih untuk menjalani latihan dalam industri pembinaan di bidang draughting dan construction site supervisor. Pelatih-pelatih yang terpilih bagi mengikuti ARMECS Bridging Program in Draughting dan ARMECS Bridging Program in RCC-Visor (Resident Technical Officer, Company Site Representative dan Clerk of Works as Supervisor) ini nanti akan diambil bekerja di bawah Program Perantisan i-Ready.

3_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

4_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

9_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika melawat beberapa buah booth yang menyertai program berkenaan.

Seramai 45 pelatih akan diterima untuk mengikuti latihan industri di kedua bidang ini selama enam bulan di tiga bidang disiplin yang berlainan. Sebanyak 45 firma konsultan dalam tiga bidang disiplin iaitu Architect, Mechanical and Electrical; dan Civil and Structural telah bersetuju dan ikut serta untuk memberi latihan selama enam bulan kepada pelatih-pelatih berkenaan.

Setelah pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan graduan anak tempatan dari institusi teknikal tempatan dan luar negara ini menamatkan latihan mereka selama enam bulan, pelatih-pelatih itu nanti akan menyambung bidang pekerjaan mereka selama 12 bulan di syarikat-syarikat pembinaan yang menerima mereka bekerja dibawah skim perantisan i-Ready. Sebanyak 26 buah syarikat pembinaan menyertai skim ini.

5_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

6_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

ANTARA orang ramai yang menghadiri program ini.

ARMECS Bridging Program Draughting adalah latihan berasaskan industri yang digubal untuk memperkayakan pelatih dengan kemahiran dan kecekapan dalam Computer-Aided Draughting mengenai lukisan Architectural, Mechanical and Electrical, dan Civil and Structural yang akan dilatih oleh pakar-pakar dalam industri pembinaan.

ARMECS Bridging Program RCC-Visor adalah latihan berasaskan industri yang digubal untuk memperkayakan pelatih dengan kemahiran dan kecekapan dalam menyelia serta mengawal kualiti kerja-kerja di tapak pembinaan yang dilatih oleh pakar-pakar dalam industri pembinaan.

7_Construction Industry Job Marketplace dan ARMECS Bridging Program dirasmikan.JPG

PROGRAM turut diisikan dengan sesi taklimat.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Rumaizah binti Haji Mohd Salleh; Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Urusan dan wakil dari firma-firma konsultan dan syarikat-syarikat pembinaan.

Attachments