Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Awal Hijrah 1442 disambut dengan ceramah khas

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Awal Tahun Hijrah 1442 disambut dengan ceramah khas.jpg

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1442 Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Ogos. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1442 di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

2_Awal Tahun Hijrah 1442 disambut dengan ceramah khas.jpg

CERAMAH Khas Awal Tahun Hijrah 1442 bertajuk 'Perubahan Diri Bermula Pada Diri Sendiri' disampaikan oleh Penceramah Undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Dr. Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Majlis ini diisikan dengan Ceramah Khas Awal Tahun Hijrah 1442 bertajuk 'Perubahan Diri Bermula Pada Diri Sendiri' yang disampaikan oleh Penceramah Undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Dr. Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Penceramah Undangan.

3_Awal Tahun Hijrah 1442 disambut dengan ceramah khas.jpg

4_Awal Tahun Hijrah 1442 disambut dengan ceramah khas.jpg

5_Awal Tahun Hijrah 1442 disambut dengan ceramah khas.jpg

ANTARA para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1442.

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan yang mana pada tahun ini ia dikendalikan bersama oleh Jabatan Kemajuan dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.

Attachments