Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir semasa Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Julai. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 Tahun yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub.

3_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran.JPG

2_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran.JPG

ANTARA yang hadir pada majlis bekenaan.

Pada majlis ini, Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Yang Ke-74 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Yang Mulia Awang Mohammad Khairul bin Jackariah.

Sebelumnya, majlis turut diselajurkan dengan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Attachments