Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kenyataan media mengenai syarikat juruukur tanah tidak berlesen

Oleh: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Jun. – Jabatan Ukur ingin memaklumkan orang ramai mengenai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengukuran seperti pencarian batu sempadan dan pembuatan plot bagi pemecahan tanah di laman Facebook adalah tidak termasuk dalam senarai syarikat yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan pengukuran.

Orang ramai boleh melihat senarai nama-nama Syarikat Juruukur Tanah Berlesen di laman sesawang rasmi Jabatan Ukur di http://www.mod.gov.bn/survey/maklumat/juruukur-tanah-berlesen-yang-berdaftar.

Adalah diingatkan bahawa hanya Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen yang diberi kuasa untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran di bawah Bab 2, Akta Juruukur Tanah Berlesen, Penggal 100.

Juga menjadi kesalahan bagi mana-mana syarikat yang bukan berdaftar sebagai Juruukur Tanah Berlesen atau Juruukur Kerajaan, memperakui ketepatan mana-mana title survey atau menandatangani atau initial sebarang pelan ukur, atau bukan menjadi pihak yang bertindak di bawah arahan dan pengawasan Juruukur Tanah Berlesen, melakukan apa-apa kerja yang berkaitan dengan title survey di bawah Bab 14, Akta Juruukur Tanah Berlesen, Penggal 100. Bagi setiap kesalahan, denda sebanyak $5,000 akan dikenakan dan denda sebanyak $50.00 setiap hari semasa berlakunya kesalahan tersebut.

Untuk makluman lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi Jabatan Ukur di http://www.mod.gov.bn/survey/Theme/Home.aspx atau menghubungi di talian 2382171 atau emel ke info@survey.gov.bn.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur.

Attachments