Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
34 anak-anak yatim terima sumbangan derma

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_34 anak-anak yatim terima sumbangan derma.JPG

2_34 anak-anak yatim terima sumbangan derma.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan menyampaikan sumbangan derma kepada ibu-ibu yang mewakili anak-anak yatim warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei. – Pada tahun ini, seramai 34 anak-anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya telah menerima sumbangan derma yang dikumpul daripada para pegawai dan kakitangan kementerian ini.

Daripada jumlah tersebut, 16 orang penerima adalah lelaki manakala 18 orang lagi adalah penerima perempuan.

Penyampaian derma tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak semasa Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang diadakan secara tertutup di ruang legar Dewan Betabur, kementerian ini.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris, selaku Pengerusi acara.

Attachments