Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Terima sijil penganugerahan Fellow Member PUJA (B)

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Terima sijil penganugerahan Fellow Member PUJA (B).JPG

MENTERI PEMBANGUNAN, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menerima sijil penganugerahan 'Fellow Member' PUJA (B) daripada Presiden PUJA (B), Ir. Awang Haji Mohammad Zin bin Haji Salleh.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 April. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hari ini menerima sijil penganugerahan sebagai 'Fellow Member' Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei.

Sijil penganugerahan berkenaan disampaikan oleh Presiden PUJA (B), Ir. Awang Haji Mohamad Zin bin Haji Salleh.

Penyampaian sijil yang diadakan di Bilik SiLubang Bangsi, Kementerian Pembangunan itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Bahagian Kejuruteraan, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice.

Menurut pertubuhan berkenaan, 'Fellow Member' merupakan satu penghormatan dan peningkatan keahlian untuk anggota PUJA (B) yang telah menjadi ahli selama lebih dari 10 tahun. Sejak penubuhannya pada tahun 1984, PUJA (B) telah memperolehi lebih dari 1,000 orang ahli yang terdiri daripada penuntut-penuntut dan golongan profesional berlatarbelakangkan kejuruteraan, seni bina dan juruukur.

Attachments