Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penanaman anak pokok sebagai sokongan Hari Bumi

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penanaman anak pokok sebagai sokongan Hari Bumi.jpg

YANG Mulia Timbalan Menteri Pembangunan semasa penanaman anak pokok sempena Sambutan Hari Bumi Ke-50 2020.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 April. – Sempena Sambutan Hari Bumi yang diraikan pada 22 April 2020 yang bertemakan 'Tindakan Iklim' di seluruh dunia, Kementerian Pembangunan melalui Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam mengadakan inisiatif penanaman 200 anak pokok bagi melambangkan jumlah pokok untuk mengimbangi 'carbon footprint' seorang penduduk setahun.

Setakat ini, sebanyak 50 buah rumah ikut juga dalam inisiatif tersebut, di mana setiap rumah menanam empat anak pokok.

Hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin memulakan usaha tersebut dengan penanaman empat anak pokok di pekarangan bangunan Kementerian Pembangunan, seterusnya menggalakkan agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk menanam lebih banyak pokok.

2_Penanaman anak pokok sebagai sokongan Hari Bumi.jpg

YANG Mulia Timbalan Menteri Pembangunan memulakan penanaman pokok di perkarangan bangunan Kementerian Pembangunan.

Hadir sama, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments