Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penutupan sementara kaunter-kaunter ABCi

Oleh: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac. – Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai berikutan penularan virus COVID-19 bahawa semua perkhidmatan kaunter pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduan ABCi akan ditutup sementara bermula pada 21 Mac 2020.

Orang ramai disarankan untuk mengajukan pertanyaan atau aduan melalui telefon, hotline ABCi atau email seperti berikut:

Hal pendaftaran dan perlesenan: 2382426

Hal aduan dan penguatkuasaan: 2381430

Hal kebenaran kemajuan: 2380428

Hotline: 8140365 (WhatsApp dan SMS sahaja)

E-mel: abci.customerservice@mod.gov.bn

Bagi persuratan am, orang ramai bolehlah menghantar melalui e-mel abci.office@mod.gov.bn.

Penutupan sementara ini bertujuan untuk mengurangkan interaksi orang ramai bersama pegawai dan kakitangan ABCi di kaunter pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduan. Sehubungan dengan itu, pihak Autoriti juga ingin memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang dihadapi terutamanya di dalam hal tempoh memproses permohonan.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah diperolehi dengan melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

Sumber: Siaran Akhbar Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

Attachments