Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong mula digunakan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Penggunaan sementara Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong.JPG

JAMBATAN Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Mac. – Jawatankuasa Kebangsaan bagi Projek Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi ke-2 dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi sukacita memaklumkan bahawa kerja-kerja fizikal jambatan ini telah pun siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Pembangunan iaitu Jabatan Kerja Raya (Jabatan Jalan Raya) untuk mengambil alih pengurusan dan pemeliharaannya bermula dari hari Isnin, 9 Mac 2020.

Pada masa ini terdapat kerja-kerja pemasangan CCTV dan kabel sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada akhir bulan April 2020 sementara pembinaan Operation Centre di Jalan Kota Batu masih dalam perlaksanaan.

Manakala kerja-kerja pembesaran Jalan Kota Batu juga sedang rancak dilaksanakan pada masa ini dan dijangka siap pada penghujung bulan April tahun ini.

Melalui Jawatankuasa Pengurusan Jambatan Temburong yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Info-komunikasi, setelah meneliti akan keperluan untuk jambatan ini dibukakan kepada orang ramai pada masa ini dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

  1. Jambatan ini akan dibuka mulai hari Selasa, 17 Mac 2020 bermula dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.
     
  2. "Bridge Maintenance Team" yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pembangunan dan Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi akan mula beroperasi dan akan ditugaskan untuk mengawal dan memastikan segala aspek-aspek keselamatan dan kesejahteraan pengguna jambatan.
     
  3. Pasukan rondaan yang telah disediakan juga akan membantu mengawal perjalanan lalu lintas semasa jambatan ini beroperasi.
     
  4. Hanya kenderaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dalam kelas I, III, IV dan VI yang dibenarkan untuk menggunakan jambatan ini. Walaubagaimanapun, bagi kenderaan-kenderaan komersial yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam salam kelas V, kebenaran hendaklah dipohonkan melalui Bridge Maintenance Office.
     
  5. Pihak pengguna boleh menghubungi Operation Centre melalui Talian Darussalam 123 buat sementara ini jika ada kecemasan.
     
  6. Para pengguna hendaklah juga mematuhi had kelajuan 80km/jam bagi kenderaan biasa manakala had kelajuan 65km/jam bagi kenderaan komersial yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.
     
  7. Bagi kenderaan komersial pendaftaran asing dinasihatkan untuk menggunakan jalan yang dibenarkan oleh Asean Highway 150 atau AH150 (designated route) yang lazimnya digunakan pada masa ini.
     
  8. Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei juga akan bekerjasama membantu dalam memastikan perjalanan lalu lintas semasa menggunakan jambatan ini.
     
  9. Pihak berkuasa akan sentiasa membuat pemantauan dan akan menutup jambatan ini bila-bila masa yang difikirkan sesuai sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau jika ada sesuatu keperluan yang membolehkan jambatan ini tidak dapat digunakan.
     
  10. Penggunaan basikal di atas jambatan ini adalah tidak dibenarkan.
     
  11. Kerjasama dari orang ramai adalah diharapkan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya semasa menggunakan jambatan ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123 atau pihak Bridge Maintenance Office melalui e-mel pro@pwd.gov.bn.

Sumber: Teks Sidang Media Bagi Penggunaan Sementara Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong Bagi Menangani Situasi Masa Kini Iaitu COVID-19.

Attachments