Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Lampu isyarat pusing keliling Jalan Utama Mentiri mula beroperasi, 8 Mac

Oleh: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 7 Mac. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali pengguna-pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja pengubahsuaian pusing keliling ke persimpangan empat berlampu isyarat di persimpangan Jalan Kota Batu / Jalan Utama Mentiri telah siap dilaksanakan.

Oleh yang demikian, sistem lampu isyarat di persimpangan berkenaan akan mula beroperasi pada Ahad, 8 Mac 2020 bermula pada jam 9.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, JKR ingin mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya akan mengambil langkah berhati-hati ketika melalui persimpangan berkenaan serta mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak Jabatan tersebut melalui Talian Darussalam: 123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel: pro@pwd.gov.bn.

Attachments