Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Projek pembisaian Pekan Bangar, Temburong – Pedestrian Walkway

Oleh: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Mac. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan orang ramai terutamanya penduduk di Daerah Temburong mengenai penutupan sementara jalan dan letak kereta di antara Kedai 12 Pintu dan Kedai Rakyat di Pekan Bangar.

Penutupan ini adalah bagi memberi laluan Projek Pembisaian Pekan Bangar – Temburong – Pedestrian Walkway (yang mana ia adalah di bawah Autoriti Kemajuan Daerah Temburong) agar dapat dilaksanakan dengan lancar.

Jabatan ini juga ingin memaklumkan bahawa sepanjang projek ini dilaksanakan, kedai-kedai di kawasan berkenaan akan masih beroperasi seperti biasa. Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan-kawasan pembinaan projek dan mematuhi tanda-tanda lalulintas yang disediakan serta memandu dengan perlahan ketika mendekati kawasan berkenaan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai bolehlah menghubungi JKR melalui Talian Darussalam: 123 atau livechat: 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel: pro@pwd.gov.bn.

Attachments