Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pusing keliling Jalan Labu, Daerah Temburong mula beroperasi, 5 Mac

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Mac. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, terutama kepada pengguna jalan raya bahawa pusing keliling baharu di Jalan Labu, Daerah Temburong akan mula beroperasi pada Khamis, 5 Mac 2020, jam 9:30 pagi.

Untuk makluman, beberapa perubahan hala tuju lalu lintas dibuat menuju pusing keliling baharu itu bagi perjalanan lalu lintas yang lebih efisien juga keselamatan para pengguna di persimpangan jalan.

Sehubungan itu, JKR, Kementerian Pembangunan ingin mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya akan dapat berhati-hati dan sentiasa mematuhi papan-papan tanda keselamatan lalu lintas yang dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan ini menerusii Talian Darussalam 123 atau Facebook 'Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam' atau e-mel JKR, pro@pwd.gov.bn.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments