Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-36

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-36.JPG

PESERTA-PESERTA dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menyertai perbarisan lalu dan persembahan padang pada Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-36.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari. – Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-36 telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien yang disertai oleh peserta-peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi di negara ini, termasuk para pelajar sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Kementerian Pembangunan selaku sebuah agensi kerajaan yang meneraju pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas negara juga tidak ketinggalan dalam menyertai perbarisan lalu dan persembahan padang pada Upacara Perhimpunan Agung berkenaan.

Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

2_Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-36.JPG

PASUKAN Kementerian Pembangunan yang diketuai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria turut disertai oleh lebih 100 orang pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.

Turut menyertai pasukan Kementerian Pembangunan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice dan lebih 100 orang pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya termasuk ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit di kementerian ini.

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-36 pada tahun ini bertemakan "Menjayakan Wawasan Negara".

4_Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-36.JPG

3_Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-36.JPG

Attachments