Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
​Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran.JPG

SEMBAHYANG Fardu Asar Berjemaah diimamkan oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan, Awang Muhammad Khairul bin Jackariah.

BERAKAS, Isnin, 17 Februari. – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Yang Ke-46 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan di Surau Kementerian berkenaan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

2_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran.JPG

HADIR pada majlis Doa Kesyukuran yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan itu ialah Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Timbalan Menteri Pembangunan dan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan.

3_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Doa Kesyukuran.JPG

TURUT hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan, Awang Muhammad Khairul bin Jackariah, yang kemudiannya mengetuai bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran.

Attachments