Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penuaian Padi Sembada188 menepati hasil jangkaan

Berita: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penuaian Padi Sembada188 menepati hasil jangkaan.JPG

PENGERUSI Bersama Jawatankuasa Tertinggi Projek Pembukaan Kawasan Penaman Padi Secara Komersial Berkeluasan 500 Hektar di Kawasan Kandol Daerah Belait iaitu Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika sesi bergambar ramai.

KANDOL, Sabtu, 8 Februari – Tanaman padi secara komersial dikenali sebagai Sembada188 iaitu sejenis padi berhasil tinggi yang telah mula ditanam pada 28 Oktober 2019 lalu kini telah melakar satu lagi sejarah pertanian negara dengan majlis mengatam padi tersebut bertempat di Kawasan Kemajuan Pertanian Kandol, Daerah Belait, disini.

Kawasan tanaman padi tersebut yang berkeluasan 500 hektar telah terdahulu disempurnakan penanamannya bagi fasa 1 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Usaha sedemikian merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi meningkatkan keluaran dan tahap sara diri bekalan beras berada di tahap terjamin.

Hadir dan menyempurnakan acara mengatam padi tersebut, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Projek Pembukaan Kawasan Penaman Padi Secara Komersial Berkeluasan 500 Hektar di Kawasan Kandol Daerah Belait.

2_Penuaian Padi Sembada188 menepati hasil jangkaan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa acara mengatam padi menggunakan jentera jentuai.

Juga hadir Timbalan Menteri Kewangan (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pelaburan projek tersebut serta mewakili Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II; dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin. selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Infrastruktur serta Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd Siput.

Penuaian padi dilakukan dengan penggunaan sebanyak empat jentera jentuai (combined harvester).

3_Penuaian Padi Sembada188 menepati hasil jangkaan.JPG

4_Penuaian Padi Sembada188 menepati hasil jangkaan.JPG

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan hasil tuaian.

Padi-padi yang ditanam telah melalui fasa penting sejak mula ianya ditanam iaitu fasa vegetatif selama 45 hari diikuti dengan fasa reproduktif selama 30 hari dan seterusnya fasa pematangan selama 35 hari sebelum ianya berhasil dan sedia untuk tuaian.

Terdahulu rombongan Jawatankuasa Tertinggi Projek tersebut turut meninjau beberapa tapak perusahaan di sekitar Mukim Bukit Sawat dan Merangking antaranya Syarikat TS Wood Sendirian Berhad, Syarikat Asia Enterprise (AE) Sendirian Berhad, Syarikat Natural Biotech Resources Sendirian Berhad, Syarikat NSEY Sendirian Berhad, Syarikat WYWY Farm dan Syarikat Golden Chick Hatchery and Breeding Farm Sendirian Berhad.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments