Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Lampu isyarat persimpangan RPN Rimba mula beroperasi

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Oktober. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba bahawa lampu isyarat persimpangan Jalan 18 / simpang 177-10, RPN Rimba mula beroperasi pada 5 Oktober 2019.

Untuk makluman para pengguna jalan raya juga, lampu isyarat di persimpangan berkenaan hanya akan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati dengan mematuhi had laju yang disediakan ketika mendekati persimpangan berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments