Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Barigakan peranan perancangan bandar

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Perancang Bandar dan Desa | Foto: Jabatan Perancang Bandar dan Desa

1_Barigakan peranan perancangan bandar.jpg

GAMBAR ramai Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari bersama Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom bin Haji Awang Suhaimi serta para pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi yang terlibat.

KUALA BELAIT, Sabtu, 5 Oktober. – Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Jerayawara Pelan Pembangunan dan Kawalan Kemajuan Daerah Belait di Dewan Bandaran Kuala Beliat dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom bin Haji Awang Suhaimi.

Jerayawara tersebut merupakan salah satu inisiatif jabatan berkenaan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya peranan perancangan bandar dalam pembangunan negara, selain sebagai salah satu platform bagi memaklumkan jerayawara dalam menghadapkan permohonan kemajuan di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, jerayawara juga memberikan peluang kepada orang ramai, khususnya penduduk Daerah Belait untuk memberikan sebarang cadangan, komen dan pendapat mengenai dengan perancangan bandar di kawasan mereka.

Acara utama jerayawara berkenaan adalah sesi Taklimat Pelan Daerah Belait, pameran Perancangan Bandar dan Desa dan aktiviti interaktif bersama penuntut Sekolah Menengah Sayidina Ali, Kuala Belait.

2_Barigakan peranan perancangan bandar.jpg

PARA pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait semasa mengikuti salah satu aktiviti interaktif.

Pameran yang disediakan memaparkan makluman mengenai perancangan guna tanah, pusat pertumbuhan dan cadangan projek-projek di bawah Pelan Daerah Belait 2006-2025, tatacara permohonan kemajuan dan garis panduan perancangan yang diguna pakai oleh pihak jabatan.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari; Pegawai Daerah Beliat, Awang Ramlee bin Haji Jamudin; Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad; pegawai dan kakitangan dari agensi kerajaan dan swasta, penghulu-penghulu serta ketua-ketua kampung di daerah ini.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments