Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kerajaan peruntukkan BND30 juta tangani kesan bencana alam

Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_Kerajaan peruntukkan BND30 juta tangani kesan bencana alam.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar membuat lawatan ke beberapa buah tapak Projek Menangani Bencana Alam di Daerah Brunei Muara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Ogos. – Dalam pendekatan Kementerian Pembangunan menangani kawasan-kawasan yang ditimpa bencana alam, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin membuat lawatan ke beberapa buah tapak Projek Menangani Bencana Alam di Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

Beberapa projek membaiki tanah susur dan kawasan dilanda banjir termasuk dalam siri lawatan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

2_Kerajaan peruntukkan BND30 juta tangani kesan bencana alam.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar membuat lawatan ke beberapa buah tapak Projek Menangani Bencana Alam di Daerah Brunei Muara.

Sekitar 60 buah projek sedang dilaksanakan di bawah Peruntukan Khas Menangani Bencana Alam dan Wabak Penyakit oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, tertumpu pada kawasan-kawasan yang ditimpa bencana alam seperti tanah susur dan banjir.

Pada setiap tahun, negara ini akan mengalami kejadian banjir dan tanah runtuh, terutama sekali apabila tibanya musim tengkujuh yang boleh menyebabkan kerosakan kemudahan awam seperti jalan raya, harta benda juga kehilangan nyawa.

3_Kerajaan peruntukkan BND30 juta tangani kesan bencana alam.jpg

SLOPE repair works di Jalan Pengiran Babu Raja yang telah selesai dilaksanakan.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperuntukkan sebanyak BND30 juta untuk menangani kesan bencana alam di seluruh negara, yang mana lebih kurang 50% projek selesai sepenuhnya, manakala selebihnya sedang dalam peringkat pelaksanaan dan dalam proses tawaran.

Bagi meninjau secara lebih dekat lagi, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga mengambil kesempatan membuat lawatan ke kawasan-kawasan tanah susur yang memerlukan tindakan lanjut.

Antara lain objektif lawatan itu adalah untuk memantau juga meneliti dengan lebih terperinci perkembangan projek-projek berkenaan dan memastikan ia berjalan dengan lancar juga untuk memastikan projek-projek berkenaan menepati kualiti dan pelaksanaan projek-projek siap dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Lawatan-lawatan kerja turut disertai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Abd. Karim; juga para pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan JKR.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments